Showing posts with label juz reminder. Show all posts
Showing posts with label juz reminder. Show all posts

.........Malik Noor dan Keinsafannya

Posted by : ChaeryL


Lama kita tak dengar cerita mengenai Malek Noor. Masih ingat dengan nama itu? Beliau merupakan seorang bekas atlit bina badan negara yang tak mungkin dapat dilupakan jika anda membesar pada tahun 1990-an. Beliau merupakan bekas juara enam kali bina badan di Asia. Artikel di bawah merupakan antara yang diceritakan oleh Malik Noor kepada wartawan Harian Metro. Semoga keinsafan beliau menjadi motivasi yang berguna buat kita bersama sebagai "manusia biasa".

Sebenarnya sejak 2002 lagi rutin perjalanan hidup Malek Noor bertukar. Sibuknya mencari nama dan rezeki selama tiga dekad sebelum itu membuatkannya lalai akan tanggungjawabnya sebagai Muslim. Dari usianya 12 tahun sehinggalah 46 tahun, dia tidak pernah menunaikan solat lima waktu sehari dan jauh sekali untuk berpuasa pada Ramadan.

“Saya alpa akan semua tanggung jawab itu. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong lebih 30 tahun untuk mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai. Besarnya dosa saya dan tidak pernah mensyukuri nikmat yang diberi-Nya,” katanya.

Pintu hatinya terbuka pada satu hari pada 2002. Suara azan yang selama ini tidak dipedulikan tiba-tiba menyentap jiwanya. Azan Isyak berkumandang dari masjid KLCC berhampiran penthousenya menjadikan hatinya sayu.

Ketika itu pelbagai perasaan bergaul, membuatkan dia tidak senang duduk. Sedih, ngeri dan seram! Puas berpusing di dalam rumah, tetapi hatinya terus tidak keruan. Dia menangis sesungguhnya seperti seorang bayi kerana kebuntuan itu.

“Lalu saya menghubungi kakak bertanyakan mengapa ini terjadi dan dia suruh saya mengambil wuduk dan terus sembahyang. Alhamdulillah, saya peroleh sedikit ketenangan selepas itu. Saya duduk sambil berfikir, bisik hati kecil saya, ini mungkin seruan Allah.

“Dalam usia 46 tahun ketika itu, saat itu yang membuatkan saya paling bahagia.

“Bayangkan selama ini, lihat siaran azan di TV, saya tukar saluran lain. Kalau dengar pun, saya tidak beri perhatian langsung, malah lebih rancak berbual,” katanya walaupun pernah melaungkan azan ketika berusia 12 tahun.

Sekarang lain. Selain menghormati bunyi azan, pelakon filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan Sahabat ini tertunduk kerana sayu dengan melodi panggilan sembahyang itu.

Sejak hidayah itu, pelbagai mimpi aneh mendatangi tidurnya. Antaranya arwah ibu, Jariah Ahmad yang datang menabur bunga emas kepadanya dan lapan bulan lalu ketika membaca al-Fatihah, satu suara muncul menyatakan akan membantunya.

Percaya atau tidak, Malek kini boleh mengubat orang. Malah, pertemuan dengan ’seseorang’ empat bulan lalu juga membuka ruang untuk Malek menolong mereka yang memerlukan melalui syarikat Great BioEnergy, sejenis minyak yang mampu membuang toksik, memulih tenaga serta melancarkan perjalanan darah.

Dalam menuju perubahan hidup ini, Malek berterima kasih kepada Ustaz Hadi dan Ustaz Habin (kedua-duanya dari Kelantan) yang banyak membantunya sehingga hari ini.

Rancangnya untuk ke Makkah tahun depan. Baik umrah mahupun haji, dia berserah kepada Allah. Bagaimanapun bukan kerana pangkat, nama, status, glamor atau disuruh kawan. Ini panggilan Allah!

“Saya cuma merancang, Dia yang meletakkan segala-galanya. Saya hanya mampu berdoa dari hati yang suci semoga memperoleh keberkatan-Nya kerana hanya Dia lebih tahu yang terbaik untuk makhluk-Nya.

“Allah sudah tentukan takdir seseorang, tetapi dia suruh kita sembahyang dan berdoa menadah tangan meminta apa yang kita mahu. Dia Maha Memberi, saya percaya Allah akan memberi apa yang kita hajati asalkan kita tidak putus asa memohonnya.

“Saya semakin faham kini mengapa Allah suruh kita sembahyang dan berdoa, kerana Dia menyayangi kita.

“Islam ini indah, penuh perincian. Nak jadi Islam nampak mudah, tetapi bagaimana nak berjiwa dan berhati Islam sejati. Saya pun bukan lengkap lagi, masih terlalu banyak untuk saya dalami ilmu Allah untuk mengenali-Nya,” katanya.

Selain jiwa yang aman, berpindah ke kediaman yang pertama dibelinya di Kuala Lumpur pada 1987 menambah lagi ketenangan yang dicari. Jauh daripada kesibukan kota berbanding kondominiumnya yang berdepan KLCC.

Menurut Malek, barang dalam rumah itu masih seperti dulu. Sedikit pun tidak berubah, kecuali satu sudut dinding yang dihiasi ayat suci Al-Quran. Emper mewahnya itu disewakan.

Turut dibualkan petang itu adalah perkembangan semasa, terutama gejala sosial. Pembunuhan yang tidak mengenal ihsan, rogol, sumbang mahram, bohsia dan sebagainya meruntun hatinya.

“Saya jadi ngeri dengan paparan berita seperti ini. Saya tengok ramai tidak sempat bertaubat dan ada atuk berusia 60, 70 tahun masih minum arak. Saya tidak mahu menghakimi mereka, sekadar meminta Allah membuka hati mereka dan menjauhkan semua itu daripada saya.

“Tuhan banyak memberi ujian kepada saya selama ini untuk menguji sejauh mana kesabaran kita. Begitu juga Dia tidak beri terus apa yang kita minta tetapi perlahan-lahan, juga kerana nak tengok kesabaran kita,” katanya.

Kata-kata Malek tiba-tiba tersekat-sekat, nadanya bertukar sebak diiringi air mata jantannya.

“Saya masih dalam ketakutan. Tidak semestinya ke Makkah atau buat Haji, kita terus ke syurga. Kalau sembahyang pun, belum tentu terus ke syurga. Jika berkopiah pun bukan bermakna kita alim.

“Namun saya hanya berdaya untuk meminta yang terbaik untuk diri saya.

“Kalau saya diberi peluang untuk kembali ketika baru keluar dari rahim ibu, saya akan cuba menjadi sebaik-baik manusia yang beriman kepada-Nya. Namun saya bukan nabi yang maksum!

“Apa yang saya lalui selama ini belum cukup, syaitan lagi kuat menggoda sebab itu janjinya kepada Allah untuk menyesatkan lagi manusia yang taat kepada Allah, yang sembahyang dan berpuasa,” katanya sambil mengesat air jernih itu.

Katanya, pernah tahun lalu ketika di Phuket, dia termakan ayam yang tidak disembelih. Sebaik tahu hal itu, dia terus mengorek mulut untuk memuntahkannya sehingga dia jatuh sakit.

“Saya bukan baik sangat, tetapi pengalaman saya ini mampu untuk kita renung bersama,” katanya yang baru selesai berlakon telefilem Damak arahan Zulkiflie M Osman.

Mengenang zaman ‘nakalnya’, Malek sedar apa yang dilakukannya salah. Bukan saja menghalalkan makanan dan minuman haram, tetapi lebih daripada itu. Pernah dia mengunjungi gereja di Denver, Amerika Syarikat untuk melihat ‘kekuatan’ di sana, tetapi dia akur dengan kekuasaan Allah.

Memang hatinya sentiasa menyebut nama Allah tetapi secara praktiknya, dia tidak mengamalkan. Sama juga ketika menyertai pertandingan bina badan dari 1985 hingga 1991. Sedar sangat akan haramnya membuka aurat, apatah lagi hanya berseluar dalam di atas pentas.

Pun begitu, kata Malek, dia tidak mahu pandangan isi hatinya disalahertikan oleh mana-mana pihak.

“Kita memang tahu salah, seperti saya juga, tetapi demi minat dan sumber pencarian, saya teruskan juga. Saya pemalu tetapi gagahkan juga demi nama dan status, cuma saya sentiasa berharap tidak terus terpesong.

“Setiap kali tamat pertandingan, saya terus meluru ke belakang pentas mengenakan pakaian. Saya malu! Saya cuma sasarkan enam kali juara dan saya dapat. Kalau anda perasan, saya hilang selepas 1991 sehingga sekarang daripada pertandingan heavyweight,” katanya.

Cerita Malek, dia bukan orang yang layak untuk memberi nasihat, tetapi harapnya pendedahan ini membuka hati mana-mana individu.

“Saya bertuah kerana dibukakan hati sebelum terlambat. Harapnya hati ini terus diberikan kekuatan untuk beriman kepada-Nya.

“Segala apa yang saya lalui selama ini tidak saya kesalkan kerana itu aturan Allah sehingga saya berubah kini. Lebih bermakna dan nikmatnya kalau kita melalui perubahan yang positif.

“Kejujuran dan keikhlasan antara kemuliaan seseorang insan. Saya bangga mengakui kesilapan lalu buat renungan bersama,” katanya yang kini mempunyai seorang anak angkat.

Menyentuh mengenai hasratnya untuk berumahtangga, Malek tersenyum sambil berkata: “Ramai yang mencuba, tetapi saya serahkan kepada Allah. Kalau ikutkan hati, saya mahu wanita yang solehah.”

*Jadikanlah kisah hidup Malek Noor ini sebagai pengajaran buat kita yang masih muda. Jangan tunggu sampai seru Allah. Malek Noor seorang yang beruntung kerana usianya panjang dan sempat menerima seruan dari Allah. Kita yang masih muda ni, entah kejap lagi, entah esok entah lusa akan pergi meninggalkan dunia..

.........Akibat makan sushi, Kepala berulat..


posted by : Chaeryl

Bagi pengemar sushi sekalian, gambar ini mungkin membuatkan anda berfikir kembali sama ada ingin memakan sushi dan shahimi lagi. Ini akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama org ini Shota Fujiwara dari Gifu Prefecture, Jepun, umur 80 tahun, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoric-nya sejak tahun itu. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktr yang merawatnye menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih di luar tempurung otaknya.



Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!! Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu)

sumber: TerataiOnline

.......Kita Bertanya

posted by : Chaeryl



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 -


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216-


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286 -


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139 -


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45 -


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu ' min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111 -


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129 -


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12-

wallahua'lam...

untuk diri ini...


referensi: princess_islam

......Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.



Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.


Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!


referensi:iLuvislam.com

.............Sabar

Sabar ialah satu sifat yang dipuji oleh Allah SWT. Sabar ialah menahan diri daripada menderita akibat sesuatu musibah. Sabar memerlukan kekuatan yang didorongi oleh agama.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?”(Al-Baqarah 214)

Firman Allah ini harus dijadikan pedoman. Setiap insan akan diuji tahap kesabarannya mengikut status keimanannya. Adakala, sesuatu ujian itu ringan dan adakalanya berat. Orang yang tahap imannya tinggi lebih besar tahap kesabarannya akan diuji.

Lantaran itu, apabila seseorang itu ditimpa musibah maka dia perlu bersabar, kerana dia sedang diuji.

Maka, jika seseorang itu mengeluh yang demikian menonjolkan atas keburukkan diri sendiri kerana budi pekerti yang terpuji ialah sanggup menderita daripada senang.

Mungkin ada juga yang tidak pernah menghadapi musibah, yang demikian tidak akan mengenali dirinya sendiri.

Kesenangan juga merupakan ujian. Apabila hidup senang, kita diuji dengan keinginan harta benda, pangkat, kewajipan dan tugasan. Lantaran jika seseorang itu tidak dapat memelihara diri daripada ujian ini, maka menampakkan dirinya dengan kerakusan, kegelisahan, ketamakan dan lebih jauh dari itu ialah tidak bersyukur.

Kita patut bersyukur walaupun kita ditimpa kesusahan. Kerana apabila kita bersyukur kita sabar dan reda dengan seadanya. Dan Allah senantiasa bersama dengan orang yang banyak bersabar.

Allah SWT berfirman,

“Sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”(An Anfal 46)

Pada hakikatnya, kesemua ini tetap bertunjangkan kepada sifat kesabaran yang tersimpul bersama-sama dengan sifat kesyukuran dan kepasrahan di dalam diri kita. Kesemuanya bergerak serentak dan seimbang.

Semoga kita semua diberi sifat kesabaran untuk menempuhi segala musibah dan rintangan. Sama ada di waktu susah mahupun di waktu senang. Kerana di situlah wujudnya kekuatan dalam iman dan jauhnya seseorang itu dari keluh-kesah yang menambah beratnya musibah.

*dikala hati merintih kerana menerima ujian dan dugaan , didiklah hati...Tuhan, sememangnya aku layak menerima kesusahan dariMu, kerana hati ini banyak berdosa kepada Mu, juga bnyk mengulangi kesilapan dulu,aku pasti ya Allah...kesusahan ini mengundang hikmah dan iktibar buatku....tanda kasih sayang Mu pada ku.....

referensi :cina islam

.......Hikmah Haram Makan Babi



Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Babi

Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.

Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.
(source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalam babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang.
(source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1)

Betulkah Virus Boleh Berubah Dalam Bentuk Yang Lebih Bahaya Di dalam Babi?

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.


Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard.

(source : Washington Post , 31 Mei 1952)

Virus-Virus Daripada Babi

Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.

Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'.
(source: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997)

Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi.

Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.

Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918.
(source: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000)

*kini virus yang disebabkan oleh babi muncul semula menyerang dunia. Selepas merebak ke 34 negara, mencatatkan hampir 7,300 kes termasuk 65 kematian, wabak influenza A (H1N1) akhirnya dikesan di Malaysia semalam(15/5/09) dengan mangsa pertamanya seorang pelajar yang tiba dari New York, Amerika Syarikat pada Rabu lalu. Sudah banyak nyawa manusia yang melayang disebabkan oleh kejahilan manusia sendiri. Semoga dengan apa yang terjadi ini akan menyebabkan manusia kembali mencari jalan yang sebenar2 nya. Aku yakin InsyaAllah manusia akan semakin sedar dan ramai yang akan memeluk Islam. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi maha bijaksana......


dipetik dari: http://www.myilmu.net/mymedia/modules.php?name=News&file=print&sid=113