Posted By : ChaeryL
Takde ape yang nak dibanggakan dengan kemerdekaan ke 52 kali ni selagi Najib masih lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia..
Dan khabar berita yang baru diterima yaitu sempena hari kemerdekaan yang ke 52 ni ..sekali lagi kerajaan Malaysia "menghadiahkan " rakyat Malaysia dengan kenaikan harga baru minyak petrol...
Tahniah Malaysia..!!!!
Labels: juz info
Posted By : ChaeryL
Isu sebat Kartika sedikit sebanyak membuka mata semua orang tentang indahnya hukum Islam..sehingga menghukum pun tidak sampai menyeksakan si pesalah..mari ita belajar dan dalami indahnya Islam..
wallahua'lam...
Maklumat Ringkas:
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.
SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
...Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.
Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW....
Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.
Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.
Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi....
sumber duniacacarmarba
Labels: juz info
Posted By : ChaeryL
Marhaban Ya Ramadhan...
Sudahkah kita mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan?Persiapan mental dan fizikal kita agar setiap rahmat dibulan Ramadhan dapat dikutip semuanya walaupun hanya sedetik.
(HR Imam Bukhari)
Ayuh kita sama-sama mempersiapkan diri. Bukannya bermula di 1 Ramadan, tapi bermulanya di bulan Sya’ban. Agar bias berjuang di bulan berkah dengan kekuatan rohani dan jasmani yang luar biasa. Amatlah kecil perjuangan kita jika dibandingkan Rasullullah dan para sahabat suatu ketika dahulu. Di bulan Ramadan inilah banyak membuka ruang-ruang pintu buat umat Islam.
10 Ramadhan 8 Hijrah, Pembukaan Kota Makkah
Rasulullah keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Muhajirin dan Ansar menuju Makkah bagi membebaskannya dari Kemusyrikan. Usaha berhasil gemilang tanpa melalui peperangan.
17 Ramadhan 2Hijrah, Perang Badar
Perang yang membawa kemenangan besar buat umat Islam meskipun jumlah dan peralatan perang jauh daripada kemampuan pihak kuffar.
25 Ramadhan 658 Hijrah, Perang ain Jalut
Perang besar antara kaum muslimin dan Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.
28 Ramadhan 92 Hijrah, Penaklukan Wilayah Andalus
Tariq bin Ziyad memimpin armada Islam berjumlah 7 ribu orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Pertolongan allah membantu tentera Islam yang kurang jumlahnya daripada tentera musuh.
5 Ramadhan terakhir
Khalid Al Walid memusnahkan patung al-uzza di Nakhla.
Ramadhan 459 Hijrah, Peperangan Zallaqah, Portugal
Tentera muslimin pimpinan Sultan Yusuf melawan tentera Kristian pimpinan al-fonso IV. Dalam masa yang singkat, Sultan Yusuf menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam.
15 Ramadhan 658 Hijrah, Tentera Islam mengalahkan tentera Monggol
Angkatan tentera Islam pimpinan Hulagu Khhan Berjaya mengalahkan tentera Monggol di ain Jalut.
15 Ramadhan 1294 Hijrah, Peperangan Yakhliz
Seramai 34 ribu anggota tentera Islam mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740 ribu. Umat Islam Berjaya mempertahankan Islam yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
Hebatnya generasi Islam terdahulu, hingga sampai kepada kita sekarang..Mengapa kita masih lagi beralasan untuk melakukan amalan ketika berpuasa? Sesungguhnya puasa itulah yang mmberi kekuatan buat kita, jika kita benar-benar menghayatinya…
Labels: juz info
Posted By : ChaeryL
Malam nie aku akan bertolak ke Permatang Pasir sempena penamaan calon pilihanraya kecil disana...Aku akan bertugas disana selama 3 hari sebagai mewakili Pas kawasan Selangor....Semoga usaha ini dapat mengekalkan DUN 11 Permatang Pasir kekal exist ditangan Pakatan Rakyat...
ok la.. nak bersiap-siap nih...Assalamualaikum....doakan selamat ok...
Posted By : ChaeryL
Malas plak rasanya nak hupdate...
Labels: juz remember