....Ganjaran RM 10,000 untuk anda !!!

Posted by : ChaeryL


Tawaran itu diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat sehingga Abdul Kahar ditangkap.

Sesiapa yang mengetahui dimana Abdul Kahar Ahmad Jalal yang mendakwa dirinya sebagai "nabi" bersembunyi akan diberi ganjaran wang tunai RM10,000.

JAIS membuat tawaran itu setelah usaha mengesan Abdul Kahar gagal sedangkan kes berhubung penyelewengan agama yang dibawanya sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.


Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Kahar yang memegang kad pengenalan bernombor 500427-10-5719 diminta menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 1-800-88-2424, 03-55190930 atau 03-55190398.

Ayuh... jangan lepaskan peluang...berilah maklumat kepada JAIS tentang pakcik Kahar yang hilang pedoman nie...Ringgit Malaysia 10,000.00 pastinya menanti anda...!!!

0 orang mengomen: